Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh
seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari
golongan munafik. Nabi Muhammad s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang
Yahudi dan memutuskan untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim
itu kebinggungan. Ekoran itu, orang Muslim pun mengangkat kepalanya menadah tangannya ke
langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa
sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w,
"Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi
mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai
unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang,
"Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para
saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu,
"Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau,
sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang
benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak
tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau
sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari
hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat
nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama
sebab pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Selawat juga boleh melindungi
diri dari segala bencana yang menimpa, baik di dunia mahupun di akhirat
nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu
mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.
No comments:
Post a Comment