Sangat mengejutkan
apabila Rasulullah mengkhabarkan tentang tiga golongan yang terawal
diseret ke neraka. Siapakah mereka? Apakah kesalahan mereka?
Ilmuwan : menyampaikan ilmu agar dipandang sebagai
cendekiawan.
Dermawan: memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang
yang pemurah.
Syahid: berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai
pahlawan.
Muhasabah
Apakah persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai
kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi mendapat pujian manusia
lain. Masalahnya bermula dari hati. Apabila niat di hati tidak selari dengan
tuntutan Islam, maka amalan yang baik pun boleh ternoda dengan niat yang tidak
ikhlas. Oleh sebab itu, perbuatan kita amat dinilai bukan dengan perbuatan yang
dilakukan, bahkan ia turut dinilai dengan keadaan hati ketika itu.
No comments:
Post a Comment