Thursday 27 December 2012

3 golongan terawal diseret ke neraka



Sangat mengejutkan  apabila Rasulullah mengkhabarkan tentang tiga golongan yang terawal diseret ke neraka. Siapakah mereka? Apakah kesalahan mereka?

Ilmuwan : menyampaikan ilmu agar dipandang sebagai cendekiawan.
Dermawan: memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang yang pemurah.
Syahid: berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

Muhasabah
Apakah persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi mendapat pujian manusia lain. Masalahnya bermula dari hati. Apabila niat di hati tidak selari dengan tuntutan Islam, maka amalan yang baik pun boleh ternoda dengan niat yang tidak ikhlas. Oleh sebab itu, perbuatan kita amat dinilai bukan dengan perbuatan yang dilakukan, bahkan ia turut dinilai dengan keadaan hati ketika itu.

No comments:

Post a Comment