Saturday 1 December 2012

PEDOMAN


Aku lahir ke dunia dengan izin Mu
Lahir ku saat Rasul dan sahabat telah tiada
Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkan ku
Zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak 
lagi berkuasa
Aku terbit di tengah masyarakat Islam
Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu
 melihat Islam bersinar semula
Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang
telah lumpuh ini
Generasi seusiaku yang sakit
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu
Sibuk dengan cinta yang penuh noda
Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana
aku juga tidak sempurna
Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan
tidak memerlukan insan sempurna
 Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa
Dan tugasku adalah berusaha
Gagal jatuh, dicela dan tidak diterima itu perkara biasa
Aku terus berdoa agar ditetapkan hati
Bukan nilaian harta yang aku cari
Bukan juga kerana nama ingin dikenali sebagai insan yang 
baik dan mulia
Cukuplah REDHA MU sebagai harga
Bantulah hambamu ini
Sedarkanlah semula generasiku ya RABBI
Bangunkanlah semula ummat ini
Aku yakin Islam pasti kembali dan aku tidak akan berhenti







No comments:

Post a Comment